Thursday, 31 March 2011

Thrash Metal

PENGENALAN

Thrash Metal adalah subgenre kepada Heavy Metal dan ia mempunyai tempo yang lebih laju dan lebih aggresif. Lagu-lagunya lebih mengutamakan bunyi gitar yang berat diselang-selikan dengan alunan gitar solo yang laju dan mantap. Liriknya pula sering dikaitkan dengan isu-isu sosial dengan penggunaan bahasa yang telus dan mudah difahami. Kumpulan-kumpulan yang digelar “The Big Four” iaitu Anthrax, Megadeth, Metallica dan Slayer dikatakan sebagai antara kumpulan yang mula mencipta dan memperkenalkan genre ini di awal tahun 1980an.

                                      (Anthrax, Megadeth, Metallica, Slayer)

            Permulaan genre Thrash Metal mula dikesan sekitar lewat tahun 1970an dan awal tahun 1980an apabila beberapa kumpulan muzik mula menginovasikan dan memberi nafas baru kepada muzik-muzik dari NWOBHM (New Wave of British Heavy Metal) dan menggabungkan muzik Hardcore dan Punk Rock. Genre ini lebih aggresif jika dibandingkan genre yang sealiran atau lebih kurang dengannya iaitu Speed Metal di mana genre Speed Metal ini lebih ringan sedikit dan lebih mudah diterima umum.
            Muzik Thrash Metal bertempo laju, berat dengan riff-riff gitar yang kompleks, gitar solo yang nyaring dan ia menggunakan ‘double-bass drumming’. Vokalnya pula dinyanyikan dengan jeritan (high pitch) namun tetap bermelodi dan boleh difahami.
            Kebanyakan gitar solo thrash dimainkan dengan kelajuan tinggi yang lebih dikenali sebagai ‘shredding’ di mana ia menggunakan teknik-teknik seperti ‘sweep picking’, ‘legato phrasing’, ‘alternate picking’, ‘tremolo picking’, ‘string skipping’, dan ‘two hand tapping’. Kebanyakan pemain gitar thrash banyak dipengaruhi oleh aliran NWOBHM.
            Permainan dram yang laju juga memainkan peranan yang penting dalam genre ini. Pemain-pemain dram thrash biasanya menggunakan ‘double-bass drums dengan tujuan menghasilkan rentak yang laju dan bit-bit yang padat dan mantap. Pemberhentian simbal (cymbal stops/choke) sering digunakan untuk pertukaran riff yang baru.
            Pemain-pemain gitar bass thrash pula biasanya menggunakan pick. Namun ada di antara pemain bass ini (biasanya yang hebat) hanya menggunakan jari seperti Frank Bello, David Ellefson, Greg Christian, Steve DiGiorgio, Robert Trujillo dan Cliff Burton. Ada di antaranya juga menggunakan ‘distorted bass tone’ yang dipopularkan oleh Cliff Burton.
            Lirik-lirik Thrash Metal merangkumi keterasingan, korupsi, ketidak adilan, penagihan, kematian, pembunuhan, peperangan dan lain-lain hal peribadi.

PERMULAAN

            Pada tahun1981 di Selatan California kumpulan yang bernama Leather Charm telah menulis lagu Hit The Lights. Leather Charm kemudiannya dibubarkan dan penyanyi, penulis lirik dan gitaris kedua kumpulan itu, James Hetfield bertemu pemain dram, Lars Ulrich melalui satu iklan surat khabar lalu mereka menubuhkan kumpulan Metallica, kumpulan Thrash Metal pertama di dunia bersama gitaris utama Dave Mustaine yang kemudiannya menubuhkan Megadeth dan pemain bass, Ron McGovney.
            Metallica berpidah ke Bay Area, San Francisco. Ron McGovney digantikan dengan Cliff Burton dan Mustaine pula digantikan dengan Kirk Hammett. Metallica merakamkan album studio pertama yang bertajuk Kill ‘em All pda 25 Julai 1983.

                       (James Hetfield, Dave Mustaine, Lars Ulrich, Ron McGovney)
            Satu lagi kumpulan Thrash Metal ditubuhkan pada tahun yang sama dan di tempat yang sama apabila Jeff Hanneman dan Kerry King berjumpa ketika menyertai satu sesi ujibakat dan membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah kumpulan. Hanneman dan King kemudiannya mengambil vokalis/pemain bass Tom Araya daripada kumpulan Respiratory Therapist dan pemain dram Dave Lombardo, seorang penghantar pizza dan menubuhkan Slayer. Seorang eksekutif dari Metal Blade Records, Brian Siegel telah menemui Slayer ketika mempersembahkan sebuah lagu cover dari kumpulan Iron Maiden, Phantom of the Opera. Slayer menandatangani kontrak rakaman bersama syarikat tersebut. Pada Disember 1983, Slayer telah menghasilkan sebuah album debut yang bertajuk Show No Mercy.
            Populariti Thrash Metal meningkat pada tahun 1984 apabila album-album yang hebat seperti Ride The Lightning (Metallica), Fistful of Metal (Anthrax) dan Haunting The Chapel (Slayer) dikeluarkan.
            Pada tahun 1985 sebuah kumpulan dari Jerman, Kreator mengeluarkan debut album, Endless Pain dan kumpuan dari Brazil, Sepultura pula mengeluarkan sebuah EP yang bertajuk Bestial Devastation. Megadeth yang ditubuhkan oleh bekas gitaris Metallica mengeluarkan album pertama, Killing Is My Business…..And Business Is Good.
            Kebanyakan album berprofil tinggi dikeluarkan pada tahun yang berikutnya, 1986. Tahun di mana semua kumpulan Thrash Metal berlumba-lumba untuk menunjukkan pada dunia siapakah yang terbaik. Metallica mengeluarkan album Master Of Puppets. Manakala Slayer pula mengeluarkan album Reign In Blood di mana album ini dikatakan menjadi inspirasi kepada arena Death Metal. Pada tahun yang sama juga Megadeth telah mengeluarkan album kedua, Peace Sells….But Who’s Buying. Album ini menjadi mercu tanda kepada genre Thrash Metal. Album yang wajib didengar oleh peminat muzik Thrash Metal. Kreator pula mengeluarkan album Pleasure To Kill yang kemudiannya memberikan pengaruh kepada genre Death Metal sepertimana album Reign In Blood.

PERTENGAHAN

            Pada, Anthrax telah mengeluarkan abum Among the Living. Album ini lebih kurang sama dengan dua album yang dikeluarkan oleh mereka sebelum ini iaitu Fistful of Metal dan Spreading The Disease dengan riff yang laju serta berat dan bunyi dram yang bertalu-talu. Mungkin kerana Anthrax berasal dari New York maka muuzik mereka seakan-akan muzik Punk Rock.
            Pada tahun 1988, muncul satu lagi kumpulan Thrash Metal, Testament. Dengan album The New Order (1988) dan Practice What You Preach (1989), Testament telah Berjaya membuktikan bahawa mereka sama hebat dan mampu meraih kejayaan seperti Anthrax, Megadeth, Slayer dan Metallica.
            Kumpulan thrash dari Kanada, Annihilator telah mengeluarkan sebuah album yang sangat teknikal, Alice In Hell (1989). Album ini mendapat pujian dari ramai pihak kerana riff-riff gitar dalam album ini begitu laju dan sukar serta gitar solonya yang mantap. Sementara itu kumpulan thras dari Jerman, Sodom mengeluarkan album Agent Orange dan Kreator pula mengeluarkan album Extreme Aggression.
            Pada tahun yang sama juga Slayer Testament dengan Souls of  Black dan Kreator pula dengan Coma of Souls. Anthrax juga mengeluarkan album pada tahun yang sama iaitu Persistence of Time.

PENGAKHIRAN (ZAMAN KEJATUHAN)

Menjelang pertengahan 90an hingga tahun 2000, kebanyakan kumpulan Thrash Metal mengeluarkan album-album yang lebih ‘radio-friendly’. Metallica mula menunjukkan minatnya terhadap Southern-Rock dan Blues dalam penghasilan album Load (1996) dan Re-Load (1997). Megadeth pula dengan album yang lebih kepada irama hard rock menerusi album Countdown to Extinction, Youthanasia dan Cryptic Writings serta sebuah album yang paling teruk yang pernah dihasilkan oleh mereka iaitu Risk. Testament pula dengan album yang lebih bermelodi, The Ritual (1992).
            Sehingga ke tahun 2000, Kumpulan-kumpulan Thrash Metal bagaikan hilang arah dalam penghasilan album yang bersifat Thrash Metal. Dan dalam tempoh sedekad inilah kemunculan genre-genre seperti Death Metal, Swedish Death Metal, Norwegian Black Metal, Grunge, Industrial Metal dan Nu-Metal mengalih tumpuan peminat-peminat muzik Metal.


(Kirk Hammett dan Lars Ulrich di muka hadapan majalah Metal Hammer, Julai 1996)

            Namun, Thrash Metal mula bangkit sekitar 2008 hingga kini di mana kumpulan-kumpulan Thrash Metal veteran seperti Megadeth, Metallica, Slayer, Kreator, Testament Exodus dan Sodom mula menghasilkan album yang berkonsepkan Thrash Metal yang asli semula.

TAMAT