Death Metal adalah subgenre Heavy Metal yang ekstrim. Baik dari segi muzik ataupun liriknya. Pendek kata, Death Metal adalah genre yang paling ganas jika dibandingkan dengan genre-genre Metal yang lain. Genre ini menggunakan distorted gitar yang berat, teknik ‘deep growl’ dan dan permainan dram yang dikenali sebagai ‘blasting’.
Pada pertengahan tahun 1980an, genre ini muncul hasil dari gabungan genre Thrash Metal dan Early Black Metal. Kumpulan-kumpulan seperti Slayer, Kreator, Celtic Frost dan Venom memberikan pengaruh yang besar dalam kewujudan Death Metal. Selain dari itu, kumpulan Death di mana ketua kumpulan ini, Chuck Schuldiner dikatakan sebagai ‘the father of Death Metal’. Kumpulan-kumpulan lain seperti Possessed, Obituary, Carcass, Deicide, Suffocation dan Morbid Angel adalah kumpulan-kumpulan death Metal yang terawal.
(Chuck Schuldiner dikenali sebagai "the father of Death Metal")
Pada akhir tahun 80an dan awal tahun 90an, genre ini mula mendapat perhatian media dan syarikat-syarikat rakaman seperti Earache, Combat dan Roadrunner mula menawarkan kontrak rakaman kepada kumpulan-kumpulan Death Metal.
Intrumentasi
Kumpulan Death Metal biasanya mempunyai 2 orang gitaris, seorang vokal, seorang pemain bass dan seorang pemain dram. Namun ada di antara kumpulan Death Metal yang mempunyai pemain keyboard elektronik. Genre ini terkenal dengan muzik yang laju, gitar downtuned yang dimainkan dengan teknik palm mute dan tremolo picking. Dramnya pula lebih aggresif dan pantas dengan penggunaan teknik blasting serta penggunaan double bass.
(Mike Smith, Suffocation yang mempopularkan teknik 'blasting')
Vokal dan Lirik
Vokal Death Metal bersifat guttural roars, grunts, snarls dan semua ini dikenali sebagai death growls. Death growls menggunakan register vokal paling rendah yang dikenali sebagai ‘vocal fry’. Gaya vokal ini sering dikaitkan dengan watak Cookie Monster dalam rancangan kanak-kanak, Sesame Street .
(George "corpsegrinder' Fisher, vokalis kumpulan Cannibal Corpse)
Tema lirik Death Metal biasanya merangkumi isu-isu keganasan, kesyaitanan, anti-keagamaan, seksaan, rogol, pembunuhan, mistik dan lain-lain isu sosial. Lirik-lirik Death Metal selalu mendapat tentangan yang hebat dari masyarakat kerana keganasan dan pengaruh negatifnya terhadap golongan muda. Namun peminat-peminat genre ini Cuma menganggap lirik-lirik sebegini adalah seni yang kreatif dan patut dihargai.
Sejarah dan Perkembangan
Kumpulan British, Venom dari Newcastle telah mewujudkan elemen-elemen muzik yang kemudiannya dikenali sebagai Thrash Metal, Death Metal dan Black Metal di dalam album mereka yang berjudul Welcome to Hell (1981). Dengan bunyi yang dark, vokal yang ganas dan berimejkan syaitannirrajim menjadi inspirasi utama kepada kewujudan genre-genre metal yang ekstrim. Satu lagi kumpulan yang berpengaruh besar dalam kewujudan Death Metal adalah Slayer. Walaupun kumpulan ini lebih dikenali sebagai sebuah kumpulan Thrash Metal, namun muzik yang dipamerkan oleh Slayer lebih ganas sedikit jika dibandingkan dengan muzik kumpulan Thrash Metal yang lain seperti Megadeth dan Exodus. Album ketiga Slayer, Reign In Blood adalah album yang menjadi inspirasi kepada genre Death Metal.
Kumpulan yang berasal dari Bay Area, San Francisco, Possessed (1983) mempunyai pengaruh Slayer yang kuat dalam albumnya, Seven Churches (1985). Walaupun stail muzik Possessed sering disamakan dengan Slayer, tapi Possessed dikatakan sebagai sebuah kumpulan Death Metal yang pertama. Mungkin kerana gaya vokal kumpulan ini yang mebezakan kumpulan ini dengan kumpulan Thrash Metal yang lain.
(Possessed dari Bay Area, San Francisco)
Kumpulan seterusnya yang muncul selepas Possessed ialah Death (1983) yang pada mulanya dikenali sebagai Mantas. Kumpulan yang berasal dari Florida ini diasaskan oleh Chuck Schuldiner, Kam Lee dan Rick Rozz. Pada 1984, Death mengeluarkan demo tape yang berjudul Death By Metal dan ia diedarkan di kedai-kedai kaset tempat dan mula melonjakkan nama kumpulan mereka. Gitaris juga vokalis kumpulan ini, Chuck Schuldiner memberikan impak yang besar dalam perkembangan genre Death Metal. Riff yang laju, solo yang mantap disertakan dengan permainan dram yang aggresif menjadi tarikan bagi kumpulan ini.
Selain dari Possessed dan Death, kumpulan-kumpulan Death Metal terawal di Amerika Syarikat adalah Autopsy, Master, Morbid Angel, Massacre, Atheist dan Obituary.
Pada 1987 Death mengeluarkan album Scream Bloody Gore. Album Death Metal yang lebih ‘proper’ dan dikatakan album Death Metal asli yang pertama.
Pada 1989, ramai kumpulan yang menandatangani kontrak rakaman dengan syarikat-syarikat rakaman yang besar. Antaranya termasuklah Obituary, Morbid Angel dan Deicide. Semua kumpulan ini berasal dari Florida dan dilabel sebagai Florida Death Metal.
Pada lewat tahun 1980an, Death Metal mula berkembang ke Sweden dan muncul beberapa kumpulan Death Metal terawal di sana seperti Carnage, God Macabre, Entombed, Dismember dan Unleashed. Pada awal 90an, muncul pula kumpulan Death Metal yang lebih bermelodi dikenali sebagai ‘Gothenburg Metal’ seperti Dark Tranquillity, At The Gates dan In Flames.
(In Flames dari Sweden. Salah satu kumpulan Gothenburg Metal)
Subgenre-subgenre Death Metal yang lain seperti Melodeath, Doom/Death, Blackened Death Metal, Grindcore dan lain-lain muncul di sekitar tahun 1990an. Kumpulan British, Napalm Death mengeluarkan album Harmony Corruption. Album ini mengetengahkan riff gitar yang aggresif, rhythm yang kompleks, vokal growl, lagu yang pendek dan liriknya pula yang berkisar tentang kesedaran sosial menjadi punca wujudnya genre Grindcore.
Kumpulan lain yang memberi sumbangan penting dalam perkembangan genre ini ialah Bolt Thrower, Carcass dan Suffocation dari New York. Pada tahun 1991, Death mengeluarkan album keempatnya, Human. Salah satu contoh album Death Metal moden. Pengasas Death, Chuck Schuldiner menginovasi genre ini dengan menambah rhythm gitar yang teknikal, susunan muzik yang kompleks serta gitar solo yang lebih beremosi. Contoh Death Metal moden yang lain ialah Carcass dengan album Necrotism-Descanting the Insalubrious, Suffocation dengan album Effigy at the Forgotten dan Entombed dengan album Clandestine.
Populariti Death Metal mencapai kemuncaknya di antara tahun 1992-93. Kumpulan-kumpulan seperti Morbid Angel, Cannibal Corpse dan Obituary dikatakan antara kumpulan Death Metal yang paling komersil dan berjaya. Namun demikian, genre ini tidak pernah memasuki arena mainstream. Kemuncak populariti Death Metal telah menyebabkan persaingan yang sengit di antara Norwegian Death Metal dan Swedish death Metal. Fenriz daripada kumpulan Darkthrone mengatakan bahawa pemuzik-pemuzik Black Metal telah bosan dengan scene Death Metal.