PENGENALAN
Glam Metal yang juga dikenali sebagai Hair Metal (mungkin kerana pengikut dan pemuzik genre ini memiliki rambut yang panjang serta kembang). Ia sering dikaitkan dengan Pop Metal (Van Halen, Quiet Riot) di mana secara muzikal mereka ini adalah lebih kurang sama sahaja. Namun dari segi penampilan, mereka ini kelihatan berbeza.
Glam Metal adalah sub-genre kepada Original Hard Rock (Thin Lizzy, Aerosmith) dan Early Metal (Led Zeppelin, Deep Purple). Genre ini muncul pada lewat 70an dan awal 80an di Amerika Syarikat (biasanya dari Sunset Strip, Los Angeles ). Genre ini popular dan mendapat ramai perhatian di sepanjang tahun 80an hingga ke awal 1990an. Pemuzik dari genre ini menggabungan imej kasanova dan permainan power-chord berdasarkan stail muzik Heavy Metal.
(Poison)
Genre ini mulai merundum pada tahun 1991 hingga tahun 1993 di mana tumpuan muzik dunia beralih kepada kehadiran muzik Grunge (Nirvana, Pearl Jam, Soundgarden).
PERMULAAN
Dari sudut muzik, Glam Metal menggunakan elemen-elemen dari muzik Hard Rock dan Heavy Metal, digabungkan pula dengan sedikit elemen Punk Rock dan menambahnya dengan elemen Pop beserta riff-riff gitar yang sederhana sahaja.
Manakala dari segi penampilannya pula, ia biasa dikaitkan dengan imej rambuta panjang dan kembang, bermekap seperti wanita, baju yang fancy, seluar jeans atau kulit yang ketat dan spandex. Pemuzik-pemuzik genre ini sering mendapat perhatian media dan syarikat rakaman serta MTV. Disebabkan perhatian-perhatian inilah merka digelar Glam @ Glamour. Bagaimanapun, media (tabloid) jugalah yang menjatuhkan populariti mereka apabila media membongkar gaya hidup pemuzik Glam Metal yang sering dikaitkan dengan dadah, seks rambang dan ‘pesta larut malam’.
Pengaruh muzik daripada kumpulan-kumpulan seperti Aerosmith, Kiss, Cheap Trick, The New York Dolls dan Alice Cooper menyebabkan kemunculan kumpulan-kumpulan Glam Metal ini. Imej rambut kembang pula diasaskan oleh kumpulan Hanoi Rocks. Namun, kumpulan yang memberi pengaruh yang besar kepada kewujudan kumpulan-kumpulan Glam Metal ini adalah Van Halen. Gitaris kumpulan ini, Eddie Van Halen telah mempopularkan teknik ‘two handed hammer-ons’ dan ‘pull-offs’ yang lebih dikenali sebagai ‘tapping’. Gaya persembahan vokalis kumpulan tersebut, David Lee Roth juga menjadi inspirasi kepada kumpulan-kumpulan Glam Metal ini. Namun demikian, Van Halen bukanlah salah satu kumpulan Glam Metal. Mereka lebih senang dianggaop sebagai kumpulan Pop Metal.
(Eddie Van Halen)
Satu lagi kumpulan yang banyak memberi pengaruh kepada kumunculan genre ini ialah Def Leppard menerusi album High ‘n’ Dirt (1981). Def Leppard juga merupakan sebuah kumpulan Pop Metal.
ERA PERTAMA (1981-1984)
Pada awal 1980an beberapa buah kumpulan sekitar AS mula mengorak langkah mengetengahkan muzik Glam Metal, ini termasuklah kumpulan dari Western Maryland, Kix (1981) Night Rangers, dari San Farncisco (1982) dan Twisted Sister dari New York (1982). Namun, scene Galam Metal yang paling aktif adalah di Sunset Strip Strip Los Angeles . Salah satu kumpulan yang paling mendapat perhatian ketika itu ialah Motley Crue dengan album Too Fast for Love (1981) dan Shout at The Devil (1983). Albuym Glam Metal pertama Quiet Riot, Metal Health (1983) telah mendapat tempat pertama dalam carta Billboard dan kejayaan ini membuka peluang kepada kumpulan lain yang seangkatan dengannya di arena mainstream.
(Motley Crue)
Bilangan kumpulan dari L.A telah bertambah pada tahun 1984 dengan kemunculan kumpulan-kumpulan seperti Ratt, Dokken, Great White, Autograph dan W.A.S.P.
ERA KEDUA (1985-1990)
Pada pertengahan 1980an, Glam metal mencatatkan kejayaan yang memberangsangkan di arena mainstream. Bilangan kumpulan Glam Metal semakin bertambah dan terus memeriahkan lagi scene Glam Metal di Sunset Strip. Kumpulan dari Philadelphia seperti Poison dan Cinderella juga telah mencatatkan kejayaan di arena ini. Stryper (1983) dari Orange County , California telah membawa elemen Kristian dalam penulisan liriknya di dalam album To Hell with The Devil pada tahun 1986.
Namun album yang paling komersil dan paling mendapat sambutan di era ini ialah album Slippery When Wet (1986) oleh Bon Jovi yang berasal dari New Jersey. Album ini menggabungkan elemen Pop dan Hard Rock dan berada di tangga teratas carta Billboard 200 selama 8 minggu. Kejayaan yang telah dicatat oleh Bon Jovi telah mempuka peluang besar kepada kumpulan Glam Metal yang lain untuk memasuki MTV.
(Bon Jovi 1986)
Di era ini Glam Metal merupakan muzik yang paling popular dan sering dimainkan di stesen-stesen radio dan TV di Amerika Syarikat. Dengan penghasilan album Girls, Girls, Girls pada tahun 1987, Motley Crue telah mencatatkan kejayaan yang besar di arena mainstream. Guns N’ Roses yang asalnya ditubuhkan atas gabungan kumpulan L.A Guns dan Hollywood Rose menghasilkan album debut terbaik sepanjang zaman, Appetite for Destruction. Album ini telah terjual sebanyak berjuta-juta unit dan dikatakan sebagai album trademark Glam Metal.
Di akhir tahun 1980an, Bon Jovi telah menghasilkan album New Jersey (1988) manakala Poison pula telang menghasilkan album Open Up and Say…Ahh yang terjual sebanyak 8 juta unit seluruh dunia. Motley Crue pula mengeluarkan album muti-platinum pertama, Dr. Feelgood pada 1989. Skid Row muncul di akhir zaman kegemilangan Glam Metal dan mengungguli carta Billboard 200 di tangga ke 6.
trash dgn glam..(wpun aku x pnh dgr glam metal)... thumbs up for u jo...:) lps ni ko bagi entry pecahan2 metal...ok x..? cadangan je... atau ko boleh selit kan justin bibir nyanyi lagu metal...hahahaha
ReplyDeletenice info..tp apsal sket sgt(sbb aku xpuas membaca)..hahaha..btw pic montley crue tu paling xleh blah.. ^_^v
ReplyDeletebila ada entry baru encik..?
ReplyDeleteBiaser r joe! hangat2 je nih
ReplyDeletepundek ah korang. ingat senang ke nk menulis? buat blog hari2 saya makan ayam dgn saya putus cinta senang ah.
ReplyDelete