Tuesday, 27 September 2011

Industrial Metal

Pengenalan


(Godflesh antara pioneer
Industrial Metal)
      Industrial Metal adalah satu genre muzik yang terhasil dari penggabungan muzik industrial dan beberapa elemen heavy metal dengan menggunakan riff gitar metal, sampling, synthesizer atau sequencer lines dan distorted vocals. Populariti Industrial Metal didorong oleh beberapa kritikan dari pemuzik-pemuzik industrial music. Ia lebih dikenali di benua Eropah. Kumpulan-kumpulan Industrial Metal banyak menghasilkan video muzik yang bagus. Beberapa kumpulan yang memulakan Industrial Metal ialah White Zombie, Ministry, Godflesh dan KMFDM.


Sejarah perkembangan


      Kumpulan pop-punk British, Killing Joke adalah kumpulan yang mula-mula menggabungkan elemen rock dan industrial dan menjadi pengaruh kepada kemunculan kumpulan-kumpulan seperti Ministry, Godflesh, Malhavoc, Powerman 5000 dan Nine Inch Nails. Selain daripada itu,   kumpulan industrial rock Big Black juga adalah pioneer muzik ini. 
      Pada lewat tahun 80an industrial dan heavy metal bergabung menjadi satu genre baru dengan pengeluaran EP dari Godflesh dan Ministry dengan album The Land Of Rape and Honey. Godflesh diasaskan oleh bekas gitaris Napalm Death, Justin Broadrick. Menggabungkan pengaruh-pengaruh muzik yang luas seperti muzik power electronics dari Whitehouse, kumpulan noise rock Swans, pelopor ambient music Brian Eno dan kumpulan lagenda Black Sabbath. Walaupun album Godflesh tidak terjual dengan banyak namun namanya sering menjadi sebutan kumpulan-kumpulan lain seperti Korn, Metallica, Danzig, Faith No More dan Fear Factory.
(Al Jourgensen dari
kumpulan Ministry
dan Revolting Cocks)
      Ministry muncul dari Wax Trax! Records, sebuah label dari Chicago yang khusus buat muzik industrial. Ketua kumpulan Ministry, Al Jourgensen mempunyai latar belakang thrash metal dan sangat meminati kumpulan Sepultura. Beliau juga berkeinginan untuk menjadi penerbit album Metallica. Selepas pengeluaran album Land, beliau merekrut Mike Scaccia, seorang thrasher dari Texas, Rigor Mortis. Minat Jourgensen terhadap dance-oriented electronic music terbukti apabila beliau membuat side-project, Revolting Cocks. Lebih electronic body music berkolaborasi dengan Richard 23 dari Front 242.

Monday, 26 September 2011

Nu Metal

Pengenalan


      Nu Metal atau lebih dikenali sebagai aggro-metal, neo-metal atau new age metal adalah subgenre Heavy Metal. Ia adalah fusion genre yang menggabungkan elemen Heavy Metal dengan genre lain seperti grunge dan hip hop. Genre ini mendapat kejayaan pada lewat 1990an dan awal 2000. 


Ciri-ciri


      Kumpulan-kumpulan Nu Metal mempunyai pelbagai pengaruh dalam muzik mereka seperti electronica music, funk, glam metal, gothic music, grunge, hardcore punk, hip hop, industrial metal, jazz, post-punk dan synthpop. Nu Metal juga menggabungkan beberapa elemen dari subgenre Heavy Metal seperti rap metal, funk metal, alternative metal dan thrash metal. Nu Metal dikenalpasti melalui riffnya. Mereka lebih menumpukan pada rhythm dan memasukkan pelbagai elemen untuk mendapakatkan sound groove metal dalam muzik mereka. Ciri-ciri persamaan Nu Metal dengan subgenre Heavy Metal lain ialah common time, distorted guitars dan struktur note seperti Dorian, Aeolian atau Phrygian modes.

(Gaya pemakaian
kumpulan Korn)
      Pemuzik Nu Metal menggunakan seven-string guitar berbanding six-string guitar yang biasa. Five-string bass pula digunakan dalam genre ini. DJ digunakan untuk menambah ruang di bahagian rhythm seperti music sampling, scratching dan latar belakang elektronik. Vokalis Nu Metal menyanyi secara bermelodi, rapping, screaming dan kadang kala growling dalam sesebuah lagu. Kebanyakan lirik Nu Metal lebih berkisar tentang kesengsaraan hidup dan pengasingan diri terhadap masyarakat yang mana lirik jenis ini adalah similar dengan tema lirik grunge.
      Gaya pemakaian kumpulan-kumpulan Nu Metal adalah T-shirt besar, seluar kargo, seluar track, piercings dan tattoos. Kadang kala mereka juga mengenakan jumpsuits dan sweatsuits.


Sejarah perkembangan


      Kumpulan-kumpulan seperti Faith No More, Tool, Red Hot Chilli Peppers, Nirvana dan Jane's Addiction telah menerapkan beberapa ciri penting dalam penghasilan muzik Nu Metal. Namun pengaruh terbesar dalam muzik ini adalah dari kumpulan Rage Against The Machine. Kebanyakan kumpulan Nu Metal berasal dari California. Producer Ross Robinson digelar sebagai "The Godfather Of Nu Metal"  kerana beliau telah menaikkan beberapa nama kumpulan seperti Korn, Deftones dan Limp Bizkit dengan menerbitkan album pertama mereka. Korn dikatakan sebagai pioneer dalam menghasilkan sound Nu Metal dengan penghasilan demo mereka pada 1993. Album debut studio mereka yang bertajuk Korn dikatakan the most "pure" form of Nu Metal.


(Rage Against The Machine memberi pengaruh
 yang besar dalam penghasilan sound Nu Metal)

(Limp Bizkit mencetuskan
fenomena Nu Metal di
seluruh dunia)
      
Pada tahun 2001, Nu Metal mencapai kejayaan yang memberangsangkan dengan pengeluaran album-album seperti Iowa dari Slipknot, Satellite dari P.O.D, Limp Bizkit dengan Chocolate Starfish and The Hotdog Flavored Water, Hybrid Theory dari Linkin Park serta Break The Cycle dari Staind. Pada tahun 2002, populariti Nu Metal telah menjunam. Album Korn, Untouchables dan Papa Roach, Lovehatetragedy tidak mendapat sambutan sepertimana album yang dikeluarkan mereka sebelum ini. Stesen radio dan MTV mula mengalih tumpuan terhadap kumpulan-kumpulan pop punk dan emo. Sejak dari itu, kebanyakan kumpulan Nu Metal mengubah gaya muzik mereka. Contohnya Papa Roach dengan album Getting Away with Murder menunjukkan mereka telah beralih ke pengaruh muzik hard rock. Disturbed tetap mengekalkan muzik Nu Metal, namun ia sebenarnya lebih kepada alternative metal. Justeru itu, banyak kumpulan Nu Metal yang mengubah gaya muzik atau dibubarkan terus. Beberapa tahun kemudian, muncul pula beberapa kumpulan dari Jepun seperti Dir En Grey, Maximum The Hormone, Head Phones President, The Gazzete, Giruganes dan lain-lain telah menghasilkan material yang mempunyai pengaruh Nu Metal.

Sunday, 25 September 2011

Grunge

Pengenalan


(Nirvana mengeluarkan album
 Nevermind pada tahun 1991)
      Grunge (juga dikenali sebagai Seattle Sound) adalah subgenre muzik alternative rock yang muncul pada pertengahan 1980an di ibu negara Amerika Syarikat, Washington terutamanya di bahagian Seattle. Diinspirasikan oleh muzik hardcore punk, heavy metal dan indie rock, grunge dikenalpasti dengan penggunaan distorted electric guitar yang berat, lagu yang dinamik, serta lirik-lirik yang berunsur pemberontakan dan kemarahan. Para pemuzik grunge berkarya secara lebih terbuka (bersahaja) dengan penampilan yang kusut masai berbanding pemuzik rock yang lain. ini menunjukkan bahawa mereka menolak gara persembahan yang bercorak dramatik dengan penggunaan props, kostum, solekan dan sebagainya.
      Pergerakan awal grunge bergabung sekitar kawasan Seattle di bawah label rakaman indipendent Sub Pop pada lewat tahun 80an. Grunge berjaya secara komersil pada sekitar 1990-1995 dengan penghasilan album-album seperti Nevermind dari kumpulan Nirvana dan Ten dari kumpulan Pearl Jam. kejayaan kumpulan-kumpulan ini telah melonjakkan muzik grunge dan membuatkan grunge sebagai muzik yang paling popular di arena hard rock pada ketika itu. Walaubagaimanapun kebanyakan kumpulan grunge tidak senang atau kurang selesa dengan populariti yang dimiliki. 


Asal usul


(Mark Arm dari kumpulan
 Green River/Mudhoney
      Mark Arm vokalis sebuah kumpulan dari Seattle, Green River (kemudiannya dikenali sebagai Mudhoney) adalah orang yang pertama menggunakan term Grunge untuk menjelaskan muzik jenis ini. Mark Arm menggunakan term ini pada 1981 ketika menulis surat kepada sebuah zine di Seattle, Desperate Times, bagi menjelaskan kumpulan beliau iaitu Mr. Epp and The Calculations sebagai "Pure Grunge, Pure Noise, Pure Shit!". Editor Desperate Times mengatakan statement yang ditulis oleh Mark Arm sebagai term pertama yang digunakan untuk merujuk  kumpulan-kumpulan dari Seattle. Beliau juga ada menyebut Bruce Pavitt daripada Sub Pop telah mempopularkan term tersebut sebagai label muzikal sekitar 1987-88, dan juga menggunakannya bagi menyatakan muzik yang dimainkan oleh Green River. Beberepa tahun selepas itu Mark Arm menyatakan pula bahawa bukan beliau yang mencipta term itu, malah term itu telah didapati dari Australia. Term itu digunakan di Australia pada pertengahan 80an bagi merujuk kumpulan-kumpulan seperti King Snake Roost, The Scientist, Salamander Jim dan Beast of Bourbon. Term Grunge telah digunakan untuk merujuk scene muzik punk/metal hybrid sound of Seattle.


Ciri-ciri


      Secara amnya muzik Grunge mempunyai ciri-ciri seperti bunyi gitar yang kering disertakan 
dengan penggunaan high level distortion, fuzz dan feedback effects. Grunge menggabungkan elemen hardcore punk dan heavy metal. Ciri punk yang terdapat dalam muzik Grunge adalah bunyi yang raw dan tema liriknya. Manakala ciri heavy metal pula terdapat pada tempo yang sedikit perlahan serta penggunaan intrumen yang kompleks. Beberapa individu yang berkaitan dengan muzik Grunge seperti producer Sub Pop, Jack Endino dab The Melvins menerangkan bahawa Grunge mempunyai ciri heavy rock seperti kumpulan Kiss yang dilihat sebagai "musical provocation". Pada awal 1990an format lagu yang dicipta Nirvana iaitu "start-stop" telah menjadi stail tetap kepada genre ini.


Tema lirik


(Kumpulan Soundgarden)
      Lirik grunge berunsur kemarahan dan ia selalunya berkaitan dengan keterasingan, sikap tidak ambil peduli tentang persekitaran dan kebebasan. Kebanyakan penulis lirik Grunge menulis tentang masyarakat sekeliling dengan menyatakan ketidak selesaannya terhadap masyarakat yang prejudis. Tema ini adalah similar dengan stail penulisan lirik muzik punk rock dan persepsi dari Generation X. Pengkritik muzik Simon Reynolds menyatakan bahawa golongan muda kini mulai bimbang tentang masa depan mereka. Kadang kala lirik mereka mengutuk muzik dan gaya hidup kumpulan Glam Metal seperti yang terdapat dalam lagu kumpulan Soundgarden "Big Dumb Sex".


Pengaruh asal


      Muzik Grunge terhasil daripada pengasingan scene di Seattle dengan scene muzik yang lain. Jonathan Poneman dari Sub Pop menyatakan scene muzik di Seattle adalah contoh scene yang aktif tetapi diabaikan oleh media-media yang lebih memberi tumpuan kepada scene muzik di Los Angeles dan New York. Menurut Mark Arm, pengasingan ini bermaksud "this one corner of the map was being really inbred and ripping off each other's idea."
      Muzik Grunge berasal dari scene Punk Rock tempatan dan menjadikan kumpulan-kumpulan seperti The Fartz, The U-Men, 10 Minute Warning, The Accused dan The Fastbacks sebagai sumber inspirsi. Ditambah dengan tempo yang slow, heavy serta sludgy yang dibawa oleh The Melvins adalah unsur penting dalam muzik Grunge.

(The Melvins)

      Beberapa artis dan scene muzik luar Pacific Northwest juga menjadi pengaruh kepada muzik Grunge. Kumpulan-kumpulan alternative rock dari Northeastern United States seperti Sonic Youth, Pixies dan Dinosour Jr. adalah pengaruh paling penting bagi genre ini. Di bawah naungan Seattle scene, Sonic Youth secara tidak langsung terlibat dalam scene Grunge. Pengaruh Pixies dalam kumpulan Nirvana dinyatakan oleh Kurt Cobain dalam sesi temubualnya bersama majalah Rolling Stones. Nirvana mengambil ciri Pixies di dalam muziknya seperti "soft verse, hard chorus" dan mempopularkan stail ini dalam muzik Grunge dan alternative rock yang lain.
(Album My War daripada
kumpulan Black Flag)
      Selain dari genre punk dan alternative rock, banyak kumpulan Grunge dipengaruhi oleh genre heavy metal dari awal 1970an. Clinton Heylin, penulis Babylon's Burning: From Punk to Grunge menyatakan bahawa Black Sabbath sebagai pengaruh terbesar dalam muzik pre-punk di Northeast scene. Black Sabbath memainkan peranan dalam membentuk grunge sound melalui album mereka. Selain daripada Black Sabbath, pengaruh muzik dari Led Zeppelin juga terdapat dalam Grunge. Kumpulan hardcore punk dari Los Angeles menghasilkan album My War pada tahun 1984 dengan menggabungkan elemen elemen taditional punk dan heavy metal. Kumpulan lain yang menggabungkan dua elemen ini ialah Killdozer, Flipper, The Butthole Surfers dan Soundgarden. Steve Turner dari Mudhoney berkata "Hard Rock dan Heavy Metal tidak pernah menjadi musuh kepada punk sepertimana genre yang lain."


Thursday, 22 September 2011

Power Metal

Pengenalan


       Power Metal adalah salah satu cabang heavy metal yang menggabungkan ciri traditional metal dan speed metal. Ia selalu dikaitkan dengan konteks simfoni. Power Metal merujuk kepada dua gaya muzik yang berbeza, tapi tetap mempunyai kaitan antara satu sama lain. Gaya muzik pertama ialah berunsurkan bunyi keras serta laju yang popular di Amerika iaitu Speed Metal. Manakala gaya muzik kedua yang dikaitkan dengan Power Metal berasal dari Eropah (biasanya dari Jerman, Finland, Italy dan Scandinavia), Brazil dan Jepun iaitu gaya muzik yang lebih ringan, bermelodi dan pengunaan keyboard.


Vokal dan Lirik


(Ronnie James Dio
 adalah vokalis yang
berpengaruh dalam
genre Power Metal)
      Berbanding dengan subgenre heavy metal yang lain, Power Metal lebih menitikberatkan peranan vokalis dalam sesebuah kumpulan. Dengan gaya vokal yang 'clean'. Seperti Ronnie James Dio, Ian Gillan, Eric Adams, Bruce Dickinson, Rob Halford dan vokalis heavy metal yang lain, gaya vokal Power Metal selalu digunakan pada tahap yang tinggi (high register). Majoriti daripada vokalis genre ini menyanyi dalam "tenor range" dan berkebolehan mencapai note suara yang paling tinggi. Namun, ada segelintir daripada mereka yang menggunakan "barritone" atau "bass range" atau kadang-kadang mereka growl juga. 
     Tema lirik Power Metal berbeza dengan subgenre metal yang lain. Ianya lebih fokus epada mitos dan kisah fantasi, kepahlawanan, mimpi, hal peribadi, emosi, peperangan serta kematian. tema-tema seperti politik dan keagamaan yang biasa digunakan oleh subgenre metal yang lain adalah jarang didengari dalam genre Power Metal


Intrumentasi


(Michael Weikath dari
kumpulan Helloween)
      Gitaris dan pemain bass Power Metal selalu memainkan note yang berulang-ulang, kord yang ditukar secara perlahan dengan tempo yang harmoni. Namun gitar solonya adalah laju dan sangat sedap didengar. Pertukaran kord yang perlahan adalah significant dengan muzik Power Metal berbanding dengan Thrash Metal di mana pertukaran kord adalah laju dan berbunyi bising. Power Metal sering menggunakan major chord progressions. Beberapa gitaris yang berpengaruh dalam genre ini ialah Kai Hansen (Gamma Ray), Michael Weikath (Helloween) dan Timo Tokki (Stratovarius/Symfonia). Permainan bass juga bermelodi seiring dengan permainan rhythm gitar untuk menghasilkan bunyi yang harmoni seperti Helloween, Hibria dan Symphony X. 
      Kebanyakan pemain drum Power Metal bermain dengan double bass pedals atau bass drums berkembar. Mereka bermain secara sixteenth (semiquavers) diselangselikan dengan paluan snare. Gaya ini sering diganakan oleh Ingo Schwichtenberg (Helloween). Beliau menetapkan gaya ini dan diikuti oleh pemain drum Power Metal yang lain. Pemain drum kumpulan lain seperti Blind Guardian dan Iced Earth tetap mengekalkan stail Thrash Metal. Teknik seperti "blasting" tidak digunakan dalam Power Metal.
      Jens Johansson (Stratovarius) mempopularkan penggunaan keyboard walaupun penggunaannya cuma pada bahagian rhythm sahaja dan tiada bahagian khas atau solo. Beberapa kumpulan Power Metal menggunakan okestra penuh dalam rakaman album mereka untuk menghasilkan muzik yang lebuh dramatik.


American Power Metal


       American Power Metal mucul pada awal 1980an di Amerika dengan pengaruh Thrash Metal dan New Wave of British Heavy Metal (NWOBHM). Walaupun ia hampir dengan Power Metal yang asal, American Power Metal (atau lebih dikenali sebagai USPM) adalah lebih laju daripada Power Metal yang biasa. Ia memiliki riff yang banyak berbanding European Power Metal dan gitar solonya lebih bermelodi berbanding Thrash Metal. USPM juga jarang menggunakan keyboards. USPM terkenal dengan high-register operatic vocals, satu trend yang diguna pakai oleh European Power Metal pada akhir 80an dan awal 90an. Kumpulan seperti Fates Warning menjadi pengaruh kepada kewujudan Progressive Metal.


(Kumpulan Fates Warning)
European Power Metal


      European Power Metal seringkali dikaitkan dengan nama Melodic Power Metal. Ia adalah muzik lanjutan dari NWOBHM. Muncul di pertengahan dan lewat tahun 80an dengan kumpulan-kumpulan dari Jerman seperti Helloween dan Blind Guardian serta Stratovarius dari Finland. Mereka meletakkan fokus yang tinggi terhadap melodi dan menaikkan tema-tema yang positif. Helloween mengadukan palm muted speed metal riffs dan high-pitched clean vocals dalam muzik mereka. Manakala Stratovarius mengembangkan gaya muzik mereka dengan penggunaan keyboard yang banyak. Stail muzik ini tersebar keluar dari Eropah higga ke Asia Pasifik.
(Kumpulan Stratovarius dari Finland)

Friday, 9 September 2011

Black Metal


Pengenalan
            Black Metal merupakan salah satu subgenre Heavy Metal yang ekstrim. Ia merangkumi tempo yang laju, vokal secara jeritan (high pitch), permainan gitar yang laju dan aggresif disertakan dengan teknik tremolo picking, permainan drum double pedal dan teknik blasting serta struktur lagu yang mempunyai pelbagai pattern dan konvensional.
(Venom merupakan antara
kumpulan  Black Metal terawal)
               Pada tahun 1980an, beberapa kumpulan Thrash Metal telah membuat lagu prototaip bagi muzik Black Metal. Ini digelar sebagai "gelombang pertama" di mana kumpulan kumpulan yang terlibat ialah seperti Venom, Bathory, Celtic Frost dan Sarcofago. "Gelombang kedua" pula muncul di awal tahun 90an dengan kedatanga n kumpulan-kumpulan seperti Mayhem, Burzum, Darkthrone, Immortal dan Emperor. Scene ini menjadikan penampilan dan gaya Black Metal telah berubah.
               Black Metal seringkali dikaitkan dengan perbalahan dengan arena muzik mainstream. Ia disebabkan oleh kebencian, anti-Kristian dan pro-syaitan yang diamalkan oleh sesetengah pemuzik Black Metal khususnya dari "gelombang kedua. Beberapa kumpulan pemuzik tersebut telah dikaitkan dengan isu pembakaran gereja dan pembunuhan.

Instrumentasi

               Gitaris-gitaris Black Metal menggunakan pitching yang tinggi dalam permainannya serta menggunakan distortion yang baik. Mereka biasanya bermain secara tremolo picking dengan tempo yang laju. Tuning yang rendah dan gitar solo  amatlah jarang dimainkan dalam muzik Black Metal. Dalam permainan bass pula, pemain bass jarang bermain secara stand-alone melodies. Mereka biasanya mengikuti bass line dari permainan gitar. Drumnya pula menggunakan teknik blasting dan double bass.
            Struktur lagu Black Metal adalah kompleks, memiliki banyak pattern dalam sebuah lagu, durasi yang panjang serta rhythm yang berulang.

Vokal dan Lirik

            Vokalis Black Metal menggunakan pitching suara yang tinggi. Disertakan dengan jeritan. Sekali dengar macam suara kucing tengah bergaduh (shrieking vocal). gaya vokal ini adalah amat berlainan dengan gaya vokal Death Metal yang menggunakan low pitch dan growl.
            Tema lirik yang biasa ditemui dalam lagu-lagu Black Metal ialah tentang penolakan ajaran Kristian dan mana-mana agama rasmi yang lain. Ramai penulis lirik Black Metal mengetengahkan konsep atheism, paganism dan satanic. Penghasilan lirik seperti ini sering dikaitkan dengan kegiatan keganasan yang terjadi ditempat mereka. Namun demikian ada di antara penulis lirik telah memasukkan elemen lain dalan lirik mereka seperti sejarah, mitos, cerita rakyat, falsafah dan juga fantasi.

Produksi dan Rakaman

            Kumpulan Black Metal biasanya menjalankan produksi yang berkualiti rendah kerana kekurangan dana. Rakaman biasanya dijalankan di dalam garaj, home basement atau studio jamming tempatan.
            Seperti Mayhem, label rakamannya Deathlike Silence Production dijalankan di basement sebuah kedai, Halvete.Walaupun mereka ini kadang-kadang budget untuk membuat rakaman yang berkualiti, kebanyakan kumpulan Black Metal lebih cenderung untuk membuat yang berkualiti rendah atau low-fidelity (lo-fi). Ini kerana mereka ingin mengekalkan identiti asal muzik Black Metal dan membuatkan muzik mereka kedengaran "raw" dan "cold". salah satu contoh album DIY Black Metal yang terbaik ialah Transilvanian Hunger dari Darkthrone. Ramai yang menganggap Black Metal yang tulen tidak mengharapkan perhatian audience yang ramai. "Black Metal bukanlah untuk perhatian ramai, tapi adalah untuk kepuasan sendiri," menurut Gaahl dari kumpulan Gorgoroth.

Imej dan Persembahan

            Tidak seperti kumpulan-kumpulan metal yang lain, kebanyakan kumpulan Black Metal tidak membuat pertunjukan yang besar. Namun, bagi sesetengah kumpulan yang membuat konsert, mereka sering menggunakan stage props seakan akan pertunjukan teater. Mayhem dan Gorgoroth merupakan kumpulan Black Metal yang sering membuat persembahan yang mengundang kontroversi seperti meletakkan kepala binatang, patung berupa manusia yang disalib, senjata tajam serta ahli kumpulannya dilumurkan dengan darah binatang.


(Salah satu konsert Mayhem di Norway)
            Ahli kumpulan Black Metal mengenakan pakaian serba hitam dengan combat boots, bullet belts, spiked wristbands dan rantai salib terbalik serta pentagram. Mereka juga menconteng muka (corpse paint) dengan menggunakan warna hitam dan putih untuk menampakkan diri mereka seperti mayat hidup.


Gelombang Pertama


(Venom, album Black Metal)
            Gelombang pertama Black Metal merujuk kepada kumpulan-kumpulan yang muncul pada awal 1980an. Muzik Black Metal terhasil dari gabungan Thrash Metal dan Speed Metal manakala nama Black Metal itu sendiri diangkat dari sebuah kumpulan dari England, Venom pada tahun 1982. Walaupun album tersebut lebih ke arah Thrash Metal, namun yang membezakannya adalah lirik dan imej kumpulan tersebut yang cenderung kepada tema anti-Kristian dan satanic. Muzik yang dimainkan mereka bertempo laju, rakaman yang berkualiti sederhana serta vokal yang kasar. Gaya ini telah tersebar dikalangan pemuzik Black Metal kini.
Lagi satu pengaruh besar dalam genre Black Metal ialah sebuah kumpulan dari Sweden, Bathory. Diketuai oleh Thomas Forsberg (Quothron). Bukan sahaja muzik Bathory ini laju, lo-fi dan anti-kristian. Quothron juga telah memulakan teknik vokal secara "shrieking" yang mana gaya vokal ini telah menjadi trademark kumpulan Black Metal. Bathory mengekalkan stail muziknya di dalam empat buah album terawal mereka iaitu Bathory (1984), The Return of The Darkness and Evil (1985), Under The Sign of The Black Mark (1987) dan Blood Fire Death (1988). Pada awal 90an, Bathory telah mengubah gaya muzik mereka kepada Viking Metal.
         Kumpulan lain yang terdapat di gelombang pertama ialah Hellhammer dan Celtic Frost (dari Switzerland), Kreator dan Sodom (dari Jerman), Bulldozer dan Death SS (dari Italy), Tormentor (dari Hungary), Von (dari Amerika), Root (dari Republik Cech) Merciful Fate (dari Denmark), Sarcofago (dari Brazil) serta Blasphemy (dari Kanada).


Gelombang Kedua


(Gaahl dari kumpulan
 Gorgoroth)
          Gelombang kedua bermula pada awal 1990an dan telah dimulakan dengan scene Norwegian Black Metal. Pada tahun 1990 hingga 1994 beberapa kumpulan telah mula membuat persembahan awal dan mengeluarkan beberapa material Black Metal yang baru. Kumpulan-kumpulan tersebuat adalah Mayhem, Thorns, Burzum, Darkthrone, Immortal, Satrycon, Enslaved, Emperor, Dimmu Borgir, Gorgoroth dan Carphatian Forest. Mereka mengembangkan gaya muzik Black Metal daripada gelombang pertama dan menghasilkan sound Black Metal yang baru. Ini adalah hasil teknik permainan gitar yang baru oleh Snorre Ruch (Thorns) dan Oystein Aarseth (Mayhem). Riff yang dihasilkan oleh mereka menjadi inspirasi kumpulan-kumpulan Black Metal lain pada 1990an. Beberapa buah kumpulan Black Metal dari Norway dikatakan bertanggungjawab atas beberapa siri jenayah dan kontroversi yang terjadi termasuklah kes-kes pembakaran gereja di sekitar Norway dan pembunuhan. Di dalam scene ini, pemahaman anti-Kristian yang aggresif serta taksub merupakan faktor wajib bagi pemuzik dan peminat muzik Black Metal. Ihsahn (Emperor) menyatakan bahawa trend ini dikembangkan dari penentangan terhadap masyarakat majoriti dan konfrontasi terhadap kehidupan yang normal.
(Lords of Chaos -
 Sebuah dokumentari
 tentang pembakaran
gereja)
        Secara visual, muzik mereka yang bertemakan kegelapan dapat dilihat dari segi pemakaian dan solekan pada wajah mereka (corpse paint) menjadikan Black Metal ini berbeza dengan pemuzik-pemuzik metal yang lain.
         Di negara yang berjiran dengan Norway (Sweden, Finland) beberapa kumpulan metal telah mengadaptasi muzik Black Metal dari scene Norwegian Black Metal. Di Sweden misalnya, terdapat kumpulan seperti Marduk, Dissection, Lord Belial, Dark Funeral, Arckanum, Nifelheim dan Abruptum. Di Finland pula, muncul sebuah scene di mana Black Metal digabungkan dengan death Metal dan Grindcore. Contohnya kumpulan seperti Beherit, Archgoat dan Impale Narzene. Scene Black Metal juga muncul di tanah besar eropah pada 1990an juga diinspirasikan dari scene Norwegian Black Metal. Kumpulan tersebut adalah Graveland dan Behemoth (Poland), Mutilation, Vlad Tepes, Belketre dan Torgeist (Perancis). Di Amerika pula terdapat kumpulan seperti Von, Judas Iscariot, dan Demoncy di manapada ketika ini genre Death Metal dan Thrash Metal lebih mendapat perhatian di sana.
       Pada pertengahan 1990an, scene Norwegian Black Metal telah tersebar ke seluruh dunia. Kumpulan Black Metal yang baru juga telah banyak mengubah struktur muzik di mana terdapat penambahan instrumen seperti keyboard, okestra dan synthesizers. Kesan dari perubahan ini, muzik Black Metal mula hilang tumpuan dan tiada lagi Black Metal yang tulen dihasilkan sekarang. 
       Lirik-lirik lagu Black Metal kebanyakannya menyesatkan dan tak perlu diikut.