Nu Metal atau lebih dikenali sebagai aggro-metal, neo-metal atau new age metal adalah subgenre Heavy Metal. Ia adalah fusion genre yang menggabungkan elemen Heavy Metal dengan genre lain seperti grunge dan hip hop. Genre ini mendapat kejayaan pada lewat 1990an dan awal 2000.
Ciri-ciri
Kumpulan-kumpulan Nu Metal mempunyai pelbagai pengaruh dalam muzik mereka seperti electronica music, funk, glam metal, gothic music, grunge, hardcore punk, hip hop, industrial metal, jazz, post-punk dan synthpop. Nu Metal juga menggabungkan beberapa elemen dari subgenre Heavy Metal seperti rap metal, funk metal, alternative metal dan thrash metal. Nu Metal dikenalpasti melalui riffnya. Mereka lebih menumpukan pada rhythm dan memasukkan pelbagai elemen untuk mendapakatkan sound groove metal dalam muzik mereka. Ciri-ciri persamaan Nu Metal dengan subgenre Heavy Metal lain ialah common time, distorted guitars dan struktur note seperti Dorian, Aeolian atau Phrygian modes.
![]() |
(Gaya pemakaian kumpulan Korn) |
Gaya pemakaian kumpulan-kumpulan Nu Metal adalah T-shirt besar, seluar kargo, seluar track, piercings dan tattoos. Kadang kala mereka juga mengenakan jumpsuits dan sweatsuits.
Sejarah perkembangan
Kumpulan-kumpulan seperti Faith No More, Tool, Red Hot Chilli Peppers, Nirvana dan Jane's Addiction telah menerapkan beberapa ciri penting dalam penghasilan muzik Nu Metal. Namun pengaruh terbesar dalam muzik ini adalah dari kumpulan Rage Against The Machine. Kebanyakan kumpulan Nu Metal berasal dari California. Producer Ross Robinson digelar sebagai "The Godfather Of Nu Metal" kerana beliau telah menaikkan beberapa nama kumpulan seperti Korn, Deftones dan Limp Bizkit dengan menerbitkan album pertama mereka. Korn dikatakan sebagai pioneer dalam menghasilkan sound Nu Metal dengan penghasilan demo mereka pada 1993. Album debut studio mereka yang bertajuk Korn dikatakan the most "pure" form of Nu Metal.
![]() |
(Rage Against The Machine memberi pengaruh yang besar dalam penghasilan sound Nu Metal) |
![]() |
(Limp Bizkit mencetuskan fenomena Nu Metal di seluruh dunia) |
Pada tahun 2001, Nu Metal mencapai kejayaan yang memberangsangkan dengan pengeluaran album-album seperti Iowa dari Slipknot, Satellite dari P.O.D, Limp Bizkit dengan Chocolate Starfish and The Hotdog Flavored Water, Hybrid Theory dari Linkin Park serta Break The Cycle dari Staind. Pada tahun 2002, populariti Nu Metal telah menjunam. Album Korn, Untouchables dan Papa Roach, Lovehatetragedy tidak mendapat sambutan sepertimana album yang dikeluarkan mereka sebelum ini. Stesen radio dan MTV mula mengalih tumpuan terhadap kumpulan-kumpulan pop punk dan emo. Sejak dari itu, kebanyakan kumpulan Nu Metal mengubah gaya muzik mereka. Contohnya Papa Roach dengan album Getting Away with Murder menunjukkan mereka telah beralih ke pengaruh muzik hard rock. Disturbed tetap mengekalkan muzik Nu Metal, namun ia sebenarnya lebih kepada alternative metal. Justeru itu, banyak kumpulan Nu Metal yang mengubah gaya muzik atau dibubarkan terus. Beberapa tahun kemudian, muncul pula beberapa kumpulan dari Jepun seperti Dir En Grey, Maximum The Hormone, Head Phones President, The Gazzete, Giruganes dan lain-lain telah menghasilkan material yang mempunyai pengaruh Nu Metal.
Incubus still the best nu metak band
ReplyDeleteIncubus still the best nu metak band
ReplyDelete