Thursday, 22 September 2011

Power Metal

Pengenalan


       Power Metal adalah salah satu cabang heavy metal yang menggabungkan ciri traditional metal dan speed metal. Ia selalu dikaitkan dengan konteks simfoni. Power Metal merujuk kepada dua gaya muzik yang berbeza, tapi tetap mempunyai kaitan antara satu sama lain. Gaya muzik pertama ialah berunsurkan bunyi keras serta laju yang popular di Amerika iaitu Speed Metal. Manakala gaya muzik kedua yang dikaitkan dengan Power Metal berasal dari Eropah (biasanya dari Jerman, Finland, Italy dan Scandinavia), Brazil dan Jepun iaitu gaya muzik yang lebih ringan, bermelodi dan pengunaan keyboard.


Vokal dan Lirik


(Ronnie James Dio
 adalah vokalis yang
berpengaruh dalam
genre Power Metal)
      Berbanding dengan subgenre heavy metal yang lain, Power Metal lebih menitikberatkan peranan vokalis dalam sesebuah kumpulan. Dengan gaya vokal yang 'clean'. Seperti Ronnie James Dio, Ian Gillan, Eric Adams, Bruce Dickinson, Rob Halford dan vokalis heavy metal yang lain, gaya vokal Power Metal selalu digunakan pada tahap yang tinggi (high register). Majoriti daripada vokalis genre ini menyanyi dalam "tenor range" dan berkebolehan mencapai note suara yang paling tinggi. Namun, ada segelintir daripada mereka yang menggunakan "barritone" atau "bass range" atau kadang-kadang mereka growl juga. 
     Tema lirik Power Metal berbeza dengan subgenre metal yang lain. Ianya lebih fokus epada mitos dan kisah fantasi, kepahlawanan, mimpi, hal peribadi, emosi, peperangan serta kematian. tema-tema seperti politik dan keagamaan yang biasa digunakan oleh subgenre metal yang lain adalah jarang didengari dalam genre Power Metal


Intrumentasi


(Michael Weikath dari
kumpulan Helloween)
      Gitaris dan pemain bass Power Metal selalu memainkan note yang berulang-ulang, kord yang ditukar secara perlahan dengan tempo yang harmoni. Namun gitar solonya adalah laju dan sangat sedap didengar. Pertukaran kord yang perlahan adalah significant dengan muzik Power Metal berbanding dengan Thrash Metal di mana pertukaran kord adalah laju dan berbunyi bising. Power Metal sering menggunakan major chord progressions. Beberapa gitaris yang berpengaruh dalam genre ini ialah Kai Hansen (Gamma Ray), Michael Weikath (Helloween) dan Timo Tokki (Stratovarius/Symfonia). Permainan bass juga bermelodi seiring dengan permainan rhythm gitar untuk menghasilkan bunyi yang harmoni seperti Helloween, Hibria dan Symphony X. 
      Kebanyakan pemain drum Power Metal bermain dengan double bass pedals atau bass drums berkembar. Mereka bermain secara sixteenth (semiquavers) diselangselikan dengan paluan snare. Gaya ini sering diganakan oleh Ingo Schwichtenberg (Helloween). Beliau menetapkan gaya ini dan diikuti oleh pemain drum Power Metal yang lain. Pemain drum kumpulan lain seperti Blind Guardian dan Iced Earth tetap mengekalkan stail Thrash Metal. Teknik seperti "blasting" tidak digunakan dalam Power Metal.
      Jens Johansson (Stratovarius) mempopularkan penggunaan keyboard walaupun penggunaannya cuma pada bahagian rhythm sahaja dan tiada bahagian khas atau solo. Beberapa kumpulan Power Metal menggunakan okestra penuh dalam rakaman album mereka untuk menghasilkan muzik yang lebuh dramatik.


American Power Metal


       American Power Metal mucul pada awal 1980an di Amerika dengan pengaruh Thrash Metal dan New Wave of British Heavy Metal (NWOBHM). Walaupun ia hampir dengan Power Metal yang asal, American Power Metal (atau lebih dikenali sebagai USPM) adalah lebih laju daripada Power Metal yang biasa. Ia memiliki riff yang banyak berbanding European Power Metal dan gitar solonya lebih bermelodi berbanding Thrash Metal. USPM juga jarang menggunakan keyboards. USPM terkenal dengan high-register operatic vocals, satu trend yang diguna pakai oleh European Power Metal pada akhir 80an dan awal 90an. Kumpulan seperti Fates Warning menjadi pengaruh kepada kewujudan Progressive Metal.


(Kumpulan Fates Warning)
European Power Metal


      European Power Metal seringkali dikaitkan dengan nama Melodic Power Metal. Ia adalah muzik lanjutan dari NWOBHM. Muncul di pertengahan dan lewat tahun 80an dengan kumpulan-kumpulan dari Jerman seperti Helloween dan Blind Guardian serta Stratovarius dari Finland. Mereka meletakkan fokus yang tinggi terhadap melodi dan menaikkan tema-tema yang positif. Helloween mengadukan palm muted speed metal riffs dan high-pitched clean vocals dalam muzik mereka. Manakala Stratovarius mengembangkan gaya muzik mereka dengan penggunaan keyboard yang banyak. Stail muzik ini tersebar keluar dari Eropah higga ke Asia Pasifik.
(Kumpulan Stratovarius dari Finland)

No comments:

Post a Comment