Sunday, 3 April 2011

Glam Metal

PENGENALAN

Glam Metal yang juga dikenali sebagai Hair Metal (mungkin kerana pengikut dan pemuzik genre ini memiliki rambut yang panjang serta kembang). Ia sering dikaitkan dengan Pop Metal (Van Halen, Quiet Riot) di mana secara muzikal mereka ini adalah lebih kurang sama sahaja. Namun dari segi penampilan, mereka ini kelihatan berbeza.
Glam Metal adalah sub-genre kepada Original Hard Rock (Thin Lizzy, Aerosmith) dan Early Metal (Led Zeppelin, Deep Purple). Genre ini muncul pada lewat 70an dan awal 80an di Amerika Syarikat (biasanya dari Sunset Strip, Los Angeles). Genre ini popular dan mendapat ramai perhatian di sepanjang tahun 80an hingga ke awal 1990an. Pemuzik dari genre ini menggabungan imej kasanova dan permainan power-chord berdasarkan stail muzik Heavy Metal.


(Poison)

Genre ini mulai merundum pada tahun 1991 hingga tahun 1993 di mana tumpuan muzik dunia beralih kepada kehadiran muzik Grunge (Nirvana, Pearl Jam, Soundgarden).

PERMULAAN

            Dari sudut muzik, Glam Metal menggunakan elemen-elemen dari muzik Hard Rock dan Heavy Metal, digabungkan pula dengan sedikit elemen Punk Rock dan menambahnya dengan elemen Pop beserta riff-riff gitar yang sederhana sahaja.
            Manakala dari segi penampilannya pula, ia biasa dikaitkan dengan imej rambuta panjang dan kembang, bermekap seperti wanita, baju yang fancy, seluar jeans atau kulit yang ketat dan spandex. Pemuzik-pemuzik genre ini sering mendapat perhatian media dan syarikat rakaman serta MTV. Disebabkan perhatian-perhatian inilah merka digelar Glam @ Glamour. Bagaimanapun, media (tabloid) jugalah yang menjatuhkan populariti mereka apabila media membongkar gaya hidup pemuzik Glam Metal yang sering dikaitkan dengan dadah, seks rambang dan ‘pesta larut malam’.
            Pengaruh muzik daripada kumpulan-kumpulan seperti Aerosmith, Kiss, Cheap Trick, The New York Dolls dan Alice Cooper menyebabkan kemunculan kumpulan-kumpulan Glam Metal ini. Imej rambut kembang pula diasaskan oleh kumpulan Hanoi Rocks. Namun, kumpulan yang memberi pengaruh yang besar kepada kewujudan kumpulan-kumpulan Glam Metal ini adalah Van Halen. Gitaris kumpulan ini, Eddie Van Halen telah mempopularkan teknik ‘two handed hammer-ons’ dan ‘pull-offs’ yang lebih dikenali sebagai ‘tapping’. Gaya persembahan vokalis kumpulan tersebut, David Lee Roth juga menjadi inspirasi kepada kumpulan-kumpulan Glam Metal ini. Namun demikian, Van Halen bukanlah salah satu kumpulan Glam Metal. Mereka lebih senang dianggaop sebagai kumpulan Pop Metal.

(Eddie Van Halen)
            Satu lagi kumpulan yang banyak memberi pengaruh kepada kumunculan genre ini ialah Def Leppard menerusi album High ‘n’ Dirt (1981). Def Leppard juga merupakan sebuah kumpulan Pop Metal.

ERA PERTAMA (1981-1984)

            Pada awal 1980an beberapa buah kumpulan sekitar AS mula mengorak langkah mengetengahkan muzik Glam Metal, ini termasuklah kumpulan dari Western Maryland, Kix (1981) Night Rangers, dari San Farncisco (1982) dan Twisted Sister dari New York (1982). Namun, scene Galam Metal yang paling aktif adalah di Sunset Strip Strip Los Angeles. Salah satu kumpulan yang paling mendapat perhatian ketika itu ialah Motley Crue dengan album Too Fast for Love (1981) dan Shout at The Devil (1983). Albuym Glam Metal pertama Quiet Riot, Metal Health (1983) telah mendapat tempat pertama dalam carta Billboard dan kejayaan ini membuka peluang kepada kumpulan lain yang seangkatan dengannya di arena mainstream.
           
(Motley Crue)

Bilangan kumpulan dari L.A telah bertambah pada tahun 1984 dengan kemunculan kumpulan-kumpulan seperti Ratt, Dokken, Great White, Autograph dan W.A.S.P.

ERA KEDUA (1985-1990)

            Pada pertengahan 1980an, Glam metal mencatatkan kejayaan yang memberangsangkan di arena mainstream. Bilangan kumpulan Glam Metal semakin bertambah dan terus memeriahkan lagi scene Glam Metal di Sunset Strip. Kumpulan dari Philadelphia seperti Poison dan Cinderella juga telah mencatatkan kejayaan di arena ini. Stryper (1983) dari Orange County, California telah membawa elemen Kristian dalam penulisan liriknya di dalam album To Hell with The Devil pada tahun 1986.
Namun album yang paling komersil dan paling mendapat sambutan di era ini ialah album Slippery When Wet (1986) oleh Bon Jovi yang berasal dari New Jersey. Album ini menggabungkan elemen Pop dan Hard Rock dan berada di tangga teratas carta Billboard 200 selama 8 minggu. Kejayaan yang telah dicatat oleh Bon Jovi telah mempuka peluang besar kepada kumpulan Glam Metal yang lain untuk memasuki MTV.

(Bon Jovi 1986)
Di era ini Glam Metal merupakan muzik yang paling popular dan sering dimainkan di stesen-stesen radio dan TV di Amerika Syarikat. Dengan penghasilan album Girls, Girls, Girls pada tahun 1987, Motley Crue telah mencatatkan kejayaan yang besar di arena mainstream. Guns N’ Roses yang asalnya ditubuhkan atas gabungan kumpulan L.A Guns dan Hollywood Rose menghasilkan album debut terbaik sepanjang zaman, Appetite for Destruction. Album ini telah terjual sebanyak berjuta-juta unit dan dikatakan sebagai album trademark Glam Metal.
Di akhir tahun 1980an, Bon Jovi telah menghasilkan album New Jersey (1988) manakala Poison pula telang menghasilkan album Open Up and Say…Ahh yang terjual sebanyak 8 juta unit seluruh dunia. Motley Crue pula mengeluarkan album muti-platinum pertama, Dr. Feelgood pada 1989. Skid Row muncul di akhir zaman kegemilangan Glam Metal dan mengungguli carta Billboard 200 di tangga ke 6.


Thursday, 31 March 2011

Thrash Metal

PENGENALAN

Thrash Metal adalah subgenre kepada Heavy Metal dan ia mempunyai tempo yang lebih laju dan lebih aggresif. Lagu-lagunya lebih mengutamakan bunyi gitar yang berat diselang-selikan dengan alunan gitar solo yang laju dan mantap. Liriknya pula sering dikaitkan dengan isu-isu sosial dengan penggunaan bahasa yang telus dan mudah difahami. Kumpulan-kumpulan yang digelar “The Big Four” iaitu Anthrax, Megadeth, Metallica dan Slayer dikatakan sebagai antara kumpulan yang mula mencipta dan memperkenalkan genre ini di awal tahun 1980an.

                                      (Anthrax, Megadeth, Metallica, Slayer)

            Permulaan genre Thrash Metal mula dikesan sekitar lewat tahun 1970an dan awal tahun 1980an apabila beberapa kumpulan muzik mula menginovasikan dan memberi nafas baru kepada muzik-muzik dari NWOBHM (New Wave of British Heavy Metal) dan menggabungkan muzik Hardcore dan Punk Rock. Genre ini lebih aggresif jika dibandingkan genre yang sealiran atau lebih kurang dengannya iaitu Speed Metal di mana genre Speed Metal ini lebih ringan sedikit dan lebih mudah diterima umum.
            Muzik Thrash Metal bertempo laju, berat dengan riff-riff gitar yang kompleks, gitar solo yang nyaring dan ia menggunakan ‘double-bass drumming’. Vokalnya pula dinyanyikan dengan jeritan (high pitch) namun tetap bermelodi dan boleh difahami.
            Kebanyakan gitar solo thrash dimainkan dengan kelajuan tinggi yang lebih dikenali sebagai ‘shredding’ di mana ia menggunakan teknik-teknik seperti ‘sweep picking’, ‘legato phrasing’, ‘alternate picking’, ‘tremolo picking’, ‘string skipping’, dan ‘two hand tapping’. Kebanyakan pemain gitar thrash banyak dipengaruhi oleh aliran NWOBHM.
            Permainan dram yang laju juga memainkan peranan yang penting dalam genre ini. Pemain-pemain dram thrash biasanya menggunakan ‘double-bass drums dengan tujuan menghasilkan rentak yang laju dan bit-bit yang padat dan mantap. Pemberhentian simbal (cymbal stops/choke) sering digunakan untuk pertukaran riff yang baru.
            Pemain-pemain gitar bass thrash pula biasanya menggunakan pick. Namun ada di antara pemain bass ini (biasanya yang hebat) hanya menggunakan jari seperti Frank Bello, David Ellefson, Greg Christian, Steve DiGiorgio, Robert Trujillo dan Cliff Burton. Ada di antaranya juga menggunakan ‘distorted bass tone’ yang dipopularkan oleh Cliff Burton.
            Lirik-lirik Thrash Metal merangkumi keterasingan, korupsi, ketidak adilan, penagihan, kematian, pembunuhan, peperangan dan lain-lain hal peribadi.

PERMULAAN

            Pada tahun1981 di Selatan California kumpulan yang bernama Leather Charm telah menulis lagu Hit The Lights. Leather Charm kemudiannya dibubarkan dan penyanyi, penulis lirik dan gitaris kedua kumpulan itu, James Hetfield bertemu pemain dram, Lars Ulrich melalui satu iklan surat khabar lalu mereka menubuhkan kumpulan Metallica, kumpulan Thrash Metal pertama di dunia bersama gitaris utama Dave Mustaine yang kemudiannya menubuhkan Megadeth dan pemain bass, Ron McGovney.
            Metallica berpidah ke Bay Area, San Francisco. Ron McGovney digantikan dengan Cliff Burton dan Mustaine pula digantikan dengan Kirk Hammett. Metallica merakamkan album studio pertama yang bertajuk Kill ‘em All pda 25 Julai 1983.

                       (James Hetfield, Dave Mustaine, Lars Ulrich, Ron McGovney)
            Satu lagi kumpulan Thrash Metal ditubuhkan pada tahun yang sama dan di tempat yang sama apabila Jeff Hanneman dan Kerry King berjumpa ketika menyertai satu sesi ujibakat dan membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah kumpulan. Hanneman dan King kemudiannya mengambil vokalis/pemain bass Tom Araya daripada kumpulan Respiratory Therapist dan pemain dram Dave Lombardo, seorang penghantar pizza dan menubuhkan Slayer. Seorang eksekutif dari Metal Blade Records, Brian Siegel telah menemui Slayer ketika mempersembahkan sebuah lagu cover dari kumpulan Iron Maiden, Phantom of the Opera. Slayer menandatangani kontrak rakaman bersama syarikat tersebut. Pada Disember 1983, Slayer telah menghasilkan sebuah album debut yang bertajuk Show No Mercy.
            Populariti Thrash Metal meningkat pada tahun 1984 apabila album-album yang hebat seperti Ride The Lightning (Metallica), Fistful of Metal (Anthrax) dan Haunting The Chapel (Slayer) dikeluarkan.
            Pada tahun 1985 sebuah kumpulan dari Jerman, Kreator mengeluarkan debut album, Endless Pain dan kumpuan dari Brazil, Sepultura pula mengeluarkan sebuah EP yang bertajuk Bestial Devastation. Megadeth yang ditubuhkan oleh bekas gitaris Metallica mengeluarkan album pertama, Killing Is My Business…..And Business Is Good.
            Kebanyakan album berprofil tinggi dikeluarkan pada tahun yang berikutnya, 1986. Tahun di mana semua kumpulan Thrash Metal berlumba-lumba untuk menunjukkan pada dunia siapakah yang terbaik. Metallica mengeluarkan album Master Of Puppets. Manakala Slayer pula mengeluarkan album Reign In Blood di mana album ini dikatakan menjadi inspirasi kepada arena Death Metal. Pada tahun yang sama juga Megadeth telah mengeluarkan album kedua, Peace Sells….But Who’s Buying. Album ini menjadi mercu tanda kepada genre Thrash Metal. Album yang wajib didengar oleh peminat muzik Thrash Metal. Kreator pula mengeluarkan album Pleasure To Kill yang kemudiannya memberikan pengaruh kepada genre Death Metal sepertimana album Reign In Blood.

PERTENGAHAN

            Pada, Anthrax telah mengeluarkan abum Among the Living. Album ini lebih kurang sama dengan dua album yang dikeluarkan oleh mereka sebelum ini iaitu Fistful of Metal dan Spreading The Disease dengan riff yang laju serta berat dan bunyi dram yang bertalu-talu. Mungkin kerana Anthrax berasal dari New York maka muuzik mereka seakan-akan muzik Punk Rock.
            Pada tahun 1988, muncul satu lagi kumpulan Thrash Metal, Testament. Dengan album The New Order (1988) dan Practice What You Preach (1989), Testament telah Berjaya membuktikan bahawa mereka sama hebat dan mampu meraih kejayaan seperti Anthrax, Megadeth, Slayer dan Metallica.
            Kumpulan thrash dari Kanada, Annihilator telah mengeluarkan sebuah album yang sangat teknikal, Alice In Hell (1989). Album ini mendapat pujian dari ramai pihak kerana riff-riff gitar dalam album ini begitu laju dan sukar serta gitar solonya yang mantap. Sementara itu kumpulan thras dari Jerman, Sodom mengeluarkan album Agent Orange dan Kreator pula mengeluarkan album Extreme Aggression.
            Pada tahun yang sama juga Slayer Testament dengan Souls of  Black dan Kreator pula dengan Coma of Souls. Anthrax juga mengeluarkan album pada tahun yang sama iaitu Persistence of Time.

PENGAKHIRAN (ZAMAN KEJATUHAN)

Menjelang pertengahan 90an hingga tahun 2000, kebanyakan kumpulan Thrash Metal mengeluarkan album-album yang lebih ‘radio-friendly’. Metallica mula menunjukkan minatnya terhadap Southern-Rock dan Blues dalam penghasilan album Load (1996) dan Re-Load (1997). Megadeth pula dengan album yang lebih kepada irama hard rock menerusi album Countdown to Extinction, Youthanasia dan Cryptic Writings serta sebuah album yang paling teruk yang pernah dihasilkan oleh mereka iaitu Risk. Testament pula dengan album yang lebih bermelodi, The Ritual (1992).
            Sehingga ke tahun 2000, Kumpulan-kumpulan Thrash Metal bagaikan hilang arah dalam penghasilan album yang bersifat Thrash Metal. Dan dalam tempoh sedekad inilah kemunculan genre-genre seperti Death Metal, Swedish Death Metal, Norwegian Black Metal, Grunge, Industrial Metal dan Nu-Metal mengalih tumpuan peminat-peminat muzik Metal.


(Kirk Hammett dan Lars Ulrich di muka hadapan majalah Metal Hammer, Julai 1996)

            Namun, Thrash Metal mula bangkit sekitar 2008 hingga kini di mana kumpulan-kumpulan Thrash Metal veteran seperti Megadeth, Metallica, Slayer, Kreator, Testament Exodus dan Sodom mula menghasilkan album yang berkonsepkan Thrash Metal yang asli semula.

TAMAT