Tuesday, 27 September 2011

Industrial Metal

Pengenalan


(Godflesh antara pioneer
Industrial Metal)
      Industrial Metal adalah satu genre muzik yang terhasil dari penggabungan muzik industrial dan beberapa elemen heavy metal dengan menggunakan riff gitar metal, sampling, synthesizer atau sequencer lines dan distorted vocals. Populariti Industrial Metal didorong oleh beberapa kritikan dari pemuzik-pemuzik industrial music. Ia lebih dikenali di benua Eropah. Kumpulan-kumpulan Industrial Metal banyak menghasilkan video muzik yang bagus. Beberapa kumpulan yang memulakan Industrial Metal ialah White Zombie, Ministry, Godflesh dan KMFDM.


Sejarah perkembangan


      Kumpulan pop-punk British, Killing Joke adalah kumpulan yang mula-mula menggabungkan elemen rock dan industrial dan menjadi pengaruh kepada kemunculan kumpulan-kumpulan seperti Ministry, Godflesh, Malhavoc, Powerman 5000 dan Nine Inch Nails. Selain daripada itu,   kumpulan industrial rock Big Black juga adalah pioneer muzik ini. 
      Pada lewat tahun 80an industrial dan heavy metal bergabung menjadi satu genre baru dengan pengeluaran EP dari Godflesh dan Ministry dengan album The Land Of Rape and Honey. Godflesh diasaskan oleh bekas gitaris Napalm Death, Justin Broadrick. Menggabungkan pengaruh-pengaruh muzik yang luas seperti muzik power electronics dari Whitehouse, kumpulan noise rock Swans, pelopor ambient music Brian Eno dan kumpulan lagenda Black Sabbath. Walaupun album Godflesh tidak terjual dengan banyak namun namanya sering menjadi sebutan kumpulan-kumpulan lain seperti Korn, Metallica, Danzig, Faith No More dan Fear Factory.
(Al Jourgensen dari
kumpulan Ministry
dan Revolting Cocks)
      Ministry muncul dari Wax Trax! Records, sebuah label dari Chicago yang khusus buat muzik industrial. Ketua kumpulan Ministry, Al Jourgensen mempunyai latar belakang thrash metal dan sangat meminati kumpulan Sepultura. Beliau juga berkeinginan untuk menjadi penerbit album Metallica. Selepas pengeluaran album Land, beliau merekrut Mike Scaccia, seorang thrasher dari Texas, Rigor Mortis. Minat Jourgensen terhadap dance-oriented electronic music terbukti apabila beliau membuat side-project, Revolting Cocks. Lebih electronic body music berkolaborasi dengan Richard 23 dari Front 242.

3 comments: