Friday, 9 September 2011

Black Metal


Pengenalan
            Black Metal merupakan salah satu subgenre Heavy Metal yang ekstrim. Ia merangkumi tempo yang laju, vokal secara jeritan (high pitch), permainan gitar yang laju dan aggresif disertakan dengan teknik tremolo picking, permainan drum double pedal dan teknik blasting serta struktur lagu yang mempunyai pelbagai pattern dan konvensional.
(Venom merupakan antara
kumpulan  Black Metal terawal)
               Pada tahun 1980an, beberapa kumpulan Thrash Metal telah membuat lagu prototaip bagi muzik Black Metal. Ini digelar sebagai "gelombang pertama" di mana kumpulan kumpulan yang terlibat ialah seperti Venom, Bathory, Celtic Frost dan Sarcofago. "Gelombang kedua" pula muncul di awal tahun 90an dengan kedatanga n kumpulan-kumpulan seperti Mayhem, Burzum, Darkthrone, Immortal dan Emperor. Scene ini menjadikan penampilan dan gaya Black Metal telah berubah.
               Black Metal seringkali dikaitkan dengan perbalahan dengan arena muzik mainstream. Ia disebabkan oleh kebencian, anti-Kristian dan pro-syaitan yang diamalkan oleh sesetengah pemuzik Black Metal khususnya dari "gelombang kedua. Beberapa kumpulan pemuzik tersebut telah dikaitkan dengan isu pembakaran gereja dan pembunuhan.

Instrumentasi

               Gitaris-gitaris Black Metal menggunakan pitching yang tinggi dalam permainannya serta menggunakan distortion yang baik. Mereka biasanya bermain secara tremolo picking dengan tempo yang laju. Tuning yang rendah dan gitar solo  amatlah jarang dimainkan dalam muzik Black Metal. Dalam permainan bass pula, pemain bass jarang bermain secara stand-alone melodies. Mereka biasanya mengikuti bass line dari permainan gitar. Drumnya pula menggunakan teknik blasting dan double bass.
            Struktur lagu Black Metal adalah kompleks, memiliki banyak pattern dalam sebuah lagu, durasi yang panjang serta rhythm yang berulang.

Vokal dan Lirik

            Vokalis Black Metal menggunakan pitching suara yang tinggi. Disertakan dengan jeritan. Sekali dengar macam suara kucing tengah bergaduh (shrieking vocal). gaya vokal ini adalah amat berlainan dengan gaya vokal Death Metal yang menggunakan low pitch dan growl.
            Tema lirik yang biasa ditemui dalam lagu-lagu Black Metal ialah tentang penolakan ajaran Kristian dan mana-mana agama rasmi yang lain. Ramai penulis lirik Black Metal mengetengahkan konsep atheism, paganism dan satanic. Penghasilan lirik seperti ini sering dikaitkan dengan kegiatan keganasan yang terjadi ditempat mereka. Namun demikian ada di antara penulis lirik telah memasukkan elemen lain dalan lirik mereka seperti sejarah, mitos, cerita rakyat, falsafah dan juga fantasi.

Produksi dan Rakaman

            Kumpulan Black Metal biasanya menjalankan produksi yang berkualiti rendah kerana kekurangan dana. Rakaman biasanya dijalankan di dalam garaj, home basement atau studio jamming tempatan.
            Seperti Mayhem, label rakamannya Deathlike Silence Production dijalankan di basement sebuah kedai, Halvete.Walaupun mereka ini kadang-kadang budget untuk membuat rakaman yang berkualiti, kebanyakan kumpulan Black Metal lebih cenderung untuk membuat yang berkualiti rendah atau low-fidelity (lo-fi). Ini kerana mereka ingin mengekalkan identiti asal muzik Black Metal dan membuatkan muzik mereka kedengaran "raw" dan "cold". salah satu contoh album DIY Black Metal yang terbaik ialah Transilvanian Hunger dari Darkthrone. Ramai yang menganggap Black Metal yang tulen tidak mengharapkan perhatian audience yang ramai. "Black Metal bukanlah untuk perhatian ramai, tapi adalah untuk kepuasan sendiri," menurut Gaahl dari kumpulan Gorgoroth.

Imej dan Persembahan

            Tidak seperti kumpulan-kumpulan metal yang lain, kebanyakan kumpulan Black Metal tidak membuat pertunjukan yang besar. Namun, bagi sesetengah kumpulan yang membuat konsert, mereka sering menggunakan stage props seakan akan pertunjukan teater. Mayhem dan Gorgoroth merupakan kumpulan Black Metal yang sering membuat persembahan yang mengundang kontroversi seperti meletakkan kepala binatang, patung berupa manusia yang disalib, senjata tajam serta ahli kumpulannya dilumurkan dengan darah binatang.


(Salah satu konsert Mayhem di Norway)
            Ahli kumpulan Black Metal mengenakan pakaian serba hitam dengan combat boots, bullet belts, spiked wristbands dan rantai salib terbalik serta pentagram. Mereka juga menconteng muka (corpse paint) dengan menggunakan warna hitam dan putih untuk menampakkan diri mereka seperti mayat hidup.


Gelombang Pertama


(Venom, album Black Metal)
            Gelombang pertama Black Metal merujuk kepada kumpulan-kumpulan yang muncul pada awal 1980an. Muzik Black Metal terhasil dari gabungan Thrash Metal dan Speed Metal manakala nama Black Metal itu sendiri diangkat dari sebuah kumpulan dari England, Venom pada tahun 1982. Walaupun album tersebut lebih ke arah Thrash Metal, namun yang membezakannya adalah lirik dan imej kumpulan tersebut yang cenderung kepada tema anti-Kristian dan satanic. Muzik yang dimainkan mereka bertempo laju, rakaman yang berkualiti sederhana serta vokal yang kasar. Gaya ini telah tersebar dikalangan pemuzik Black Metal kini.
Lagi satu pengaruh besar dalam genre Black Metal ialah sebuah kumpulan dari Sweden, Bathory. Diketuai oleh Thomas Forsberg (Quothron). Bukan sahaja muzik Bathory ini laju, lo-fi dan anti-kristian. Quothron juga telah memulakan teknik vokal secara "shrieking" yang mana gaya vokal ini telah menjadi trademark kumpulan Black Metal. Bathory mengekalkan stail muziknya di dalam empat buah album terawal mereka iaitu Bathory (1984), The Return of The Darkness and Evil (1985), Under The Sign of The Black Mark (1987) dan Blood Fire Death (1988). Pada awal 90an, Bathory telah mengubah gaya muzik mereka kepada Viking Metal.
         Kumpulan lain yang terdapat di gelombang pertama ialah Hellhammer dan Celtic Frost (dari Switzerland), Kreator dan Sodom (dari Jerman), Bulldozer dan Death SS (dari Italy), Tormentor (dari Hungary), Von (dari Amerika), Root (dari Republik Cech) Merciful Fate (dari Denmark), Sarcofago (dari Brazil) serta Blasphemy (dari Kanada).


Gelombang Kedua


(Gaahl dari kumpulan
 Gorgoroth)
          Gelombang kedua bermula pada awal 1990an dan telah dimulakan dengan scene Norwegian Black Metal. Pada tahun 1990 hingga 1994 beberapa kumpulan telah mula membuat persembahan awal dan mengeluarkan beberapa material Black Metal yang baru. Kumpulan-kumpulan tersebuat adalah Mayhem, Thorns, Burzum, Darkthrone, Immortal, Satrycon, Enslaved, Emperor, Dimmu Borgir, Gorgoroth dan Carphatian Forest. Mereka mengembangkan gaya muzik Black Metal daripada gelombang pertama dan menghasilkan sound Black Metal yang baru. Ini adalah hasil teknik permainan gitar yang baru oleh Snorre Ruch (Thorns) dan Oystein Aarseth (Mayhem). Riff yang dihasilkan oleh mereka menjadi inspirasi kumpulan-kumpulan Black Metal lain pada 1990an. Beberapa buah kumpulan Black Metal dari Norway dikatakan bertanggungjawab atas beberapa siri jenayah dan kontroversi yang terjadi termasuklah kes-kes pembakaran gereja di sekitar Norway dan pembunuhan. Di dalam scene ini, pemahaman anti-Kristian yang aggresif serta taksub merupakan faktor wajib bagi pemuzik dan peminat muzik Black Metal. Ihsahn (Emperor) menyatakan bahawa trend ini dikembangkan dari penentangan terhadap masyarakat majoriti dan konfrontasi terhadap kehidupan yang normal.
(Lords of Chaos -
 Sebuah dokumentari
 tentang pembakaran
gereja)
        Secara visual, muzik mereka yang bertemakan kegelapan dapat dilihat dari segi pemakaian dan solekan pada wajah mereka (corpse paint) menjadikan Black Metal ini berbeza dengan pemuzik-pemuzik metal yang lain.
         Di negara yang berjiran dengan Norway (Sweden, Finland) beberapa kumpulan metal telah mengadaptasi muzik Black Metal dari scene Norwegian Black Metal. Di Sweden misalnya, terdapat kumpulan seperti Marduk, Dissection, Lord Belial, Dark Funeral, Arckanum, Nifelheim dan Abruptum. Di Finland pula, muncul sebuah scene di mana Black Metal digabungkan dengan death Metal dan Grindcore. Contohnya kumpulan seperti Beherit, Archgoat dan Impale Narzene. Scene Black Metal juga muncul di tanah besar eropah pada 1990an juga diinspirasikan dari scene Norwegian Black Metal. Kumpulan tersebut adalah Graveland dan Behemoth (Poland), Mutilation, Vlad Tepes, Belketre dan Torgeist (Perancis). Di Amerika pula terdapat kumpulan seperti Von, Judas Iscariot, dan Demoncy di manapada ketika ini genre Death Metal dan Thrash Metal lebih mendapat perhatian di sana.
       Pada pertengahan 1990an, scene Norwegian Black Metal telah tersebar ke seluruh dunia. Kumpulan Black Metal yang baru juga telah banyak mengubah struktur muzik di mana terdapat penambahan instrumen seperti keyboard, okestra dan synthesizers. Kesan dari perubahan ini, muzik Black Metal mula hilang tumpuan dan tiada lagi Black Metal yang tulen dihasilkan sekarang. 
       Lirik-lirik lagu Black Metal kebanyakannya menyesatkan dan tak perlu diikut.

4 comments:

  1. tolong review band sangkakala blower..

    ReplyDelete
  2. satu soalan sy..gaahl tu makan kari kambing tak?? kenapa kambing jd simbol black metal??kenapa tak tikus mondok ke,ayam serama ke,arnab ke??..kenapa ek??

    ReplyDelete
  3. =.=' soalan mcm wartawan melodi. tak relevan.

    ReplyDelete